Kerabat Diraja Kelantan Sultan_Kelantan

Sultan Kelantan meangkat kerabat-kerabatnya kepada jawatan Raja Bergelar untuk membantu pentadbiran negeri. Antara jawatan Raja-raja bergelar itu ialah:

  • Raja Kelantan; Jawatan pertama dalam kekananan bagi bakal sultan. Bagi mengelakkan kekeliruan dengan Sultan Kelantan, ia dimansuhkan semasa Sultan Ismail I. Sultan Muhammad IV hanya menggunakan gelaran Raja Kelantan sebelum perjanjian Bangkok 1909.
  • Raja Dewa; Sultan Ibrahim menabalkan mertua baginda iaitu Tengku Long Zainal Abidin bin Sultan Muhammad III sebagai DYTM Raja Dewa yang pada mulanya menjawat sebagai Raja Muda. Anankanda Sultan Ibrahim Tengku Besar Indra Petra Abdullah ditabal sebagai Raja Muda yang baharu.
  • Raja Muda: Jawatan kedua bagi kekananan bakal sultan. Diwujudkan semasa zaman Sultan Muhammad I. Yang pernah memegang jawatan ini ialah Long Ismail, Long Jenal, dan Long Zainal IV. Tidak semestinya Raja Muda menaiki takhta Kelantan. Sebagai contoh Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) ialah putera Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan ibni DYTM Long Yunus.
  • Tengku Sri Indra Mahkota; jawatan ke-3 bagi bakal Sultan, dipendekkan gelaran menjadi Tengku Mahkota semasa Sultan Ibrahim.
  • Tengku Mahkota; Jawatan bagi menggantikan gelaran Tengku Sri Indra Mahkota, diwujudkan semasa zaman Sultan Ibrahim. Putera sulung Sultan Ibrahim iaitu Tengku Abdullah memakai gelaran Tengku Besar Indra Petra manakala adiknya Tengku Yahya Petra menjadi tengku mahkota dan berjaya menaiki takhta Kelantan dengan gelaran Sultan Yahya Petra. Penyandang sekarang ialah Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Almarhum Sultan Ismail Petra
  • Tengku Bendahara - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Raja Bendahara Banggol, Tengku Chik Tuan ‘Abdu’llah Ibni Almarhum Sultan Ahmad, Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
  • Tengku Temenggong - Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz. Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Long Tan Ibni Almarhum Long Yunus, Tengku Long Muhammad Salleh Ibni Almarhum Sultan Ahmad, Tengku Long Abdul Ghaffar Ibni Almarhum Sultan Muhammad II, Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Tengku Zainal Mulok Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
  • Tengku Laksamana - Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Yusoff Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV dan Tengku Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
  • Tengku Panglima Raja - [13] Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Long Ahmad Ibni Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar dan Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
  • Tengku Sri Maharaja - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Haji Muhammad Hamzah Ibni Raja Muda Tengku Zainal Abidin
  • Tengku Sri Utama Raja - Tengku Abdul Aziz bin Tengku Muhammad Hamzah. Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Muhammad Petra Ibni Almarhum Tengku Petra Semerak Idris
  • Tengku Sri Akar Raja - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah Ibni Sultan Sulaiman Syarafuddin Syah (Raja Pattani terakhir yang dibuang negeri ke Kelantan) dianugerahi gelaran ini oleh Sultan Muhammad IV setelah berkahwin dengan Tengku Kembang Petri Binti Sultan Muhammad IV. Tengku Abdul Kadir adalah daripada keturunan Raja Muda Long Ismail ibni DYTM Long Yunus
  • Tengku Sri Jaya Raja - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Muhammad Khalid bin Tengku Bendahara Chik ‘Abdu’llah, Tengku Ariff bin Tengku Long ‘Abdu’l Rahman dan Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
  • Tengku Sri Kelana Diraja - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Long Abdul Rahman bin Tengku Muhammad Petra dan Raja Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah
  • Tengku Sri Pekerma Raja - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Long Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Ahmad dan Tengku Abdul Majid bin Tengku Besar Yusuf
  • Tengku Sri Ismara Raja - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Ahmad
  • Tengku Seriwa Raja - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Ibrahim bin Tengku Muhammad Petra
  • Tengku Petra Semerak - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Tuan Long Idris Ibni Almarhum Sultan Ahmad
  • Tengku Kaya Pahlawan - Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Mahmood Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV
  • Tengku Kaya Perkasa - Tengku Mohamad Faziharudean bin Tengku Feissal. Antara kerabat yang pernah memegang jawatan ini ialah Tengku Muhammad Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV dan Tengku Feissal Ibni Almarhum Sultan Ibrahim